Thursday, June 18, 2020

AMBULANS LAUT BAZNAS KABUPATEN KARIMUN



Bismillah... 
Alhamdulillah dengan segenap upaya, tenaga dan pikiran setiap insan yang berada dibalik dan didepan layar yang telah bekerjasama bergandeng tangan merangkul akal, membunuh jarak meruntuhkan ruang demi terealisasinya program ini, setelah proses panjang rumit berliku, dengan serentetan cerita haru menyayat luka melatarbelakanginya...
Kini.... Telah hadirnya berada kita... Telah diresmikan pemanfaatannya... Tetap dan terus dioptimalkan dan dimaksimalkan dalam penggunaannya... Telah diresmikan dihadapan kita, Ambulans Laut BAZNAS Karimun... Sebuah armada yang pemanfaatannya untuk segenap warga... Kehadirannya ditengah-tengah kita diharapkan mampu mengusir gundah gelisah bagi mereka yang dihantui biaya transportasi penyeberangan untuk akses menuju fasilitas kesehatan dengan kapasitas yang memadai... Dengan berbagai kelengkapan medis yang mendukung pengangkutan pasien, dengan bentuk kapal yang didesain khusus agar pasien tetap pada posisi aman dan nyaman meskipun kapal dibswa dalam kesehatan tinggi, dengan keadaan cuaca dan gelombang yang tak bisa diprediksi, dan dengan kru dan awak kapal yang senantias siap siaga demi memberikan pelabuhan terbaik... Kini, segenap Tim Pelaksana dan Kru Kapal Ambulans Laut BAZNAS Kabupaten Karimun dengan ini mengucapkan terima kasih pada pemerintah dan seluruh instansi terbaik yang telah mempercayakan kami mengelola armada ini... Dan tentunya kami senantias menerima saran dan masukan dari sebuah elemen masyarakat agar kedepannya Ambulans Laut BAZNAS ini tetap berkembang lebih baik dan semakin baik dalam penggunaannya... Semoga dengan hadirnya program ini semakin meningkatkan keadaan transportasi dan akses kesehatan di wilayah Kabupaten Karimun... Pergi belanja ke pada maimun, mencari sayur memberikan tomat. Ambulans Laut BAZNAS Karimun, semoga bermanfaat untuk ummat..

Sunday, December 30, 2018


TANGISAN MELAYU - KITA ORANG MELAYU ANAKKU


Mengenang Kembali Kejatuhan Kerajaan Melayu di Nusantara


ISLAM ITU MELAYU ITU ISLAM
(ISLAMELAYU)

Jangan menangis anakandaku,

Sakit ini hanya sedikit sahaja,
Datuk kita dah tiada,
Tidurnya terlalu lena,
Nenek anakanda tak terbuka matanya,
Tiada lagi terdengar suara,
Terbujur kaku di pebaringan......

Anakanda....ini bukan nasib kita,

Ini bukan takdirNya....
Ini kerana kita lupa
Surah Al Imran ayat 118.........

Masih tidak puas di hati mereka......

Sama sebangsa kita di nista,
Sama seugama kita di hina,
Sama senegara kita di siksa.......

Sudah berpuluh kejadian duka

Sudah beratus pusara kita
Sudah beribu nisan di ukir
Sudah hilang Jebat dan Lekir
Sudah hilang Laungngan Takbir

Kerana datangnya berdagang

Kembalinya juga ia berseorangan
Tanah Melayu makmur buminya
Tiada sebab kita di HINA
Bumi Allah kita kongsi bersama
Yang MENUMPANG nak menjadi TUAN

Di mulut mereka bukan lagi rahsia

Di hati mereka JAHATnya berganda
Jika kita terus diulek lena
Banyak lagi pusara di bena tidak bernama.....................
Kerana Islam itu Melayu SYUHADAH menjadi SATU


Tok Aki Aji
Ahad 22/3/15
Teratak Anjungan Chepor.


Definisi Melayu di Indonesia adalah berbeza dengan definisi Melayu di negara kita, Malaysia. Di Indonesia, kelompok Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu Melayu pesisir (Coastal Malays) yang mendidiami sepanjang pantai barat Sumatera, serta Melayu Kalimantan (Borneo Malays), yang bertaburan di seluruh Pulau Borneo. Lain-lain rumpun Melayu tidak dianggap sebagai ’Melayu’, melainkan dikenali dengan nama etnik masing-masing. Ini termasuklah Acheh, Minang, Jawa, Mandailing, dan sebagainya.

Salah satu wilayah yang diakui sebagai wilayah bagi etnik Melayu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan tanah semenanjung ialah Sumatera Timur. Di wilayah ini, terdapat empat buah Kerajaan Melayu utama yang pernah wujud, iaitu Kesultanan Langkat Darul Aman, Kesultanan Deli Darul Maimon, Kesultanan Serdang Darul Arif, dan Kesultanan Asahan. Bukti hubungan rapat antara Sumatera Timur dengan tanah semenanjung adalah apabila dialek yang digunakan di sini adalah lebih mirip dialek yang digunakan di tanah semenanjung. Malahan, para Kerabat Diraja Melayu Sumatera Timur pada masa dahulu sering melangsungkan perkahwinan dengan Kerabat Diraja Melayu di negeri-negeri di semenanjung. 


Peta wilayah Kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera Timur





Selepas perang dunia ke-2, Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur ini muncul sebagai wilayah yang kaya dan makmur hasil daripada perkembangan sektor perladangan. Perkara ini dapat dilihat daripada binaan istana-istana Sultan yang sebahagiannya masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini. Kemakmuran wilayah ini turut menarik kehadiran pendatang-pendatang dari tanah Jawa untuk menginap di wilayah ini bagi bekerja di ladang-ladang. Walaubagaimanapun, amat malang apabila dikalangan Kerajaan-kerajaan Melayu ini tidak membentuk perikatan atau kerjasama sesama mereka, sebaliknya bersaing sesama sendiri.





Pada masa tersebut, keadaan politik di Hindia Timur Belanda berada dalam kacau-bilau. Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia secara sepihak oleh Soekarno dicabar keabsahannya oleh penjajah Belanda, memandangkan pengaruh dan kuasa Soekarno pada masa itu hanya meliputi Pulau Jawa sahaja. Kelekaan Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur dengan kemewahan hasil pembangunan ladang-ladang bagi tujuan tanaman menyebabkan mereka tidak menyedari jumlah ’pendatang’ yang bekerja di wilayah kekuasaan mereka telah melebihi jumlah penduduk tempatan sendiri. 

Kehidupan para pendatang dari Jawa di Sumatera Timur ini berada dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak terurus. Raja-raja Melayu di Sumatera Timur enggan menganggap para pendatang Jawa ini sebagai ’Melayu’ kerana amalan agama Islam mereka yang berbeza dengan amalan penduduk Islam tempatan. Sementara para pendatang Jawa juga tidak mahu mengaku mereka adalah rakyat (subject) kepada Raja-raja Melayu di wilayah yang mereka duduki.

Raja-raja Melayu menganggap pengisytiharan kemerdekaan Indonesia tidak akan menguntungkan kerajaan masing-masing, kerana ia didominasi oleh kaum Jawa yang berpusat di Pulau Jawa sendiri dan menyokong pemerintahan bercorak Republik. Kerana tersepit antara kebangkitan semangat nasionalisme Indonesia dengan kewajipan untuk mempertahankan Kerajaan dan takhta masing-masing, Raja-raja telah melakukan kesilapan (mungkin kerana terpaksa, tiada pilihan) dengan menghantar surat menyatakan kesetiaan kepada Ratu Belanda.

Tindakan tersebut telah diambil kesempatan oleh para Nasionalis Indonesia yang didominasi etnik Jawa untuk mengecap para Raja-raja Melayu di Sumatera Timur ini sebagai boneka dan talibarut penjajah Belanda. Kemuncak kepada persengketaan ini adalah apabila para pendatang Jawa di Sumatera Timur bertindak dengan menyerang dan membakar kediaman di Raja, merogol, memenggal kepala dan membunuh para kerabat di raja Melayu hanya dalam tempoh satu malam iaitu pada 3 Mac 1946. 

Antara yang terkorban termasuklah Tengku Amir Hamzah, pujangga Melayu yang terkenal. Para nasionalis Indonesia cuba menyelindungkan perkara ini dengan mengatakan berlaku ’Revolusi Sosial’ rakyat bangun menentang pemerintahan monarki. Sedangkan realitinya, yang bangkit menyerang adalah hanya para pendatang dari Jawa yang terdiri daripada para penyamun, perompak, perogol dan penjenayah yang mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku.

Apa yang menarik, selepas kejadian tersebut, kebanyakan rakyat tempatan seboleh mungkin menyembunyikan identiti ’Melayu’ mereka bagi mengelakkan diserang oleh para ’Nasionalis Indonesia’. Malahan, sebahagian kaum Batak Karo dan Simalungun yang telah memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu, kembali memakai nama asal Batak mereka dan mengelakkan dilihat sebagai Melayu. Satu persekutuan yang meliputi wilayah Kerajaan-kerajaan Melayu kemudian ditubuh, dengan nama Negara Sumatera Timur, dengan harapan untuk menyertai Republik Indonesia Serikat sebagai salah sebuah negeri di dalamnya. Namun, Negara Sumatera Timur ini mengelak daripada melibatkan Raja-raja Melayu yang seolah-olah telah menjadi satu taboo yang memalukan pada masa tersebut.


Negeri-negeri yang termasuk di dalam Republik Indonesia Serikat

Lambang dan Bendera Negara Sumatera Timur



Akhirnya? Jangka hayat Negara Sumatera Timur ini juga tidak lama dan kemudian dibubarkan. Republik Indonesia Serikat juga akhirnya dibubarkan dan digantikan sepenuhnya dengan Republik Indonesia yang bercorak negara kesatuan yang berpusat di pulau Jawa. Bagi melemahkan pengaruh Raja-raja Melayu dan kekusaan etnik Melayu (yang dibimbangi lebih cenderung untuk bergabung dengan Malaysia), wilayah Sumatera Timur ini kemudiannya digabungkan dengan wilayah Tapanuli yang didiami majoriti suku kaum Batak untuk menjadi Propinsi Sumatera Utara. Kini, etnik Melayu hanya menjadi kaum minoriti yang tidak berkuasa di negerinya sendiri di dalam Propinsi Sumatera Utara. Para waris Raja-raja Melayu pada hari ini cuba menghidupkan kembali warisan dan takhta Kerajaan mereka yang hilang, namun hanya atas dasar melestarikan kebudayaan tempatan semata-mata, iaitu bagi mengelakkan salah faham daripada Pemerintah Indonesia.






Sri Paduka Tuanku Sultan Azwar 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah al-Haj ibni al-Marhum Tengku Maimun, Raja Langkat, bersama para pembesarnya.







Paduka Sri Sultan Mahmud Aria Lamanjiji Perkasa 'Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Otteman Mahmud Ma'amun Padrap Perkasa 'Alam Shah, Raja Deli, yang masih kanak-kanak, ditabalkan bagi menggantikan ayahandanya, seorang pegawai tentera yang terkorban semasa bertugas di Acheh. 




Tuanku Luckman Sinar @ Sultan Bashar Shah II, Raja Serdang, bersama keluarga dan hulubalangnya.


Sri Paduka Tuanku Sultan Dr. Kamal Abrahim 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah ibnu al-Marhum Sultan Sha'ibun 'Abdu'l Jalil, Raja Asahan



Apa pengajaran yang kita boleh pelajari daripada sejarah Sumatera Timur ini?

1) Sebahagian besar rakyat Indonesia, khususnya yang berketurunan atau berasal di Pulau Jawa, masih mempunyai pandangan skeptikal terhadap Bangsa Melayu. Justeru itu, usahlah hairan apabila setiap kali timbul isu berkaitan Malaysia, mereka terus menjadi beruk dengan terkinja-kinja di jalan raya mahu menganyang negara kita dan menghina Raja-raja kita. Itulah ’warisan’ yang masih terpahat di kepala lutut mereka apabila mereka menyamakan situasi negara kita dengan Raja-raja Melayu di Sumatera Timur dahulu.

2) Institusi Kesultanan Melayu (diulangi, institusi! Bukannya mengenai peribadi Raja secara personal) mempunyai kepentingannya yang tersendiri sebagai simbol penyatuan dan pertahanan warisan kebudayaan Bangsa Melayu. Mesti mempunyai sebab tertentu Allah mentakdirkan Bangsa Melayu ini berdiri atas wilayah yang didirikan oleh Raja-raja mereka, bukannya memiliki sempadan dan wilayah tertentu bagi setiap bangsa sebagaimana di Eropah. Cuba lihat mengapa penjajah berusaha bekerjasama dengan pemerintah Thailand dan Filipina menghapuskan institusi di Raja bagi Kesultanan Patani Darul Makrif dan Kesultanan Sulu Darul Jambangan. Hingga kini perjuangan kemerdekaan di selatan Siam dan Moro (selatan Filipina) masih lagi gagal dan berpecah-belah disebabkan kemunculan pelbagai kumpulan pejuang dengan pelbagai ideologi yang berbeza.

3) Pemakaian maksud Kerajaan pada hari ini telah berubah daripada ’Kingdom’ kepada ’Government’. Pada hari ini, kemakmuran negara kita dilihat tidak selari dengan keadaan Bangsa Melayu yang berpecah belah. Sebagaimana di Sumatera Timur pada tahun 1940-an dahulu, kita berpecah, bersaing dan tikam-menikam sesama sendiri antara negeri ’Kerajaan BN’, negeri ’Kerajaan PAS’ dan negeri ’Kerajaan PKR’. Para penduduk dari kalangan keturunan bukan penduduk asal pula telah berani mempertikaikan kedudukan dan hak istimewa Raja-raja dan penduduk Bumiputera. Jika kita tidak berwaspada dan insaf, jangan menyesal pula jika kita mewariskan kepada anak cucu kita sejarah dan keadaan sebagaimana yang berlaku di Sumatera Timur ini.

4) Renungan untuk mereka yang menyokong dasar tak rasmi ’Memelayukan’ Bumiputera bukan Melayu serta bukan Bumiputera yang memeluk Islam, supaya menggunapakai nama Melayu dan ditonjolkan kebudayaan Melayu apabila para saudara mualaf baru ini berkahwin, inilah kata-kata kaum Batak Karo dan Simalungun apabila berlaku serangan terhadap kaum Melayu di Sumatera Timur dahulu, ”Jika kami boleh ’masuk’ Melayu, maka apa pula yang menghalang kami untuk ’keluar’ Melayu?”. Oleh yang demikian, biarkanlah para saudara baru kita ini dengan nama dan kebudayaan asal kaum mereka apabila telah memeluk Islam, asalkan sahaja ianya tidak menyimpang daripada ajaran Islam. Bukankah lebih elok ditonjolkan Islam ini milik semua kaum, daripada menonjolkan memeluk Islam seolah-olah ’masuk Melayu’, hingga mendatangkan persepsi negatif dikalangan keluarga bukan Islam?


Rujukan :

1) Arifin Omar (1999) ”Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu : Runtuhnya Kerajaan-kerajaan Melayu Sumatera Timur Pada Tahun 1946” Penerbit Universiti Sains Malaysia.

2) Prof. Anthony Milner (2008) ”The Malays” Blackwell

Negeri-negeri Melayu di Tengah dan Selatan Sumatera


Sebelum ini, penulis telah dedahkan mengenai kehancuran Kesultanan-kesultanan Melayu di wilayah Sumatera Timur iaitu Langkat, Deli, Serdang Darul Arif dan Asahan. Artikel ini merupakan siri terakhir bagi ‘Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia’, iaitu dengan menyusuri pula ke beberapa buah negeri Melayu di kawasan wilayah tengah dan selatan pulau Sumatera. Untuk makluman, artikel ini tidak akan memasukkan Kerajaan Minangkabau dan Kesultanan Acheh Darussalam kerana di Indonesia, suku Minang dan suku Acheh dianggap sebagai dua etnik yang berbeza dengan suku Melayu.



SAYU - Negeri-negeri Islamelayu yang hilang TAHTA di hadapan mata

Wilayah Melayu di pulau Sumatera terbentang luas daripada Temiang di sebelah utara yang bersempadan dengan Acheh, hinggalah ke Palembang di sebelah selatan yang bersempadan dengan Lampung. Selain daripada negeri-negeri Melayu di Sumatera Timur, terdapat juga enam buah negeri Melayu di kawasan tengah dan selatan pulau Sumatera iaitu bermula dengan Kesultanan Lingga (termasuk kepulauan Riau), Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Pelalawan, Kesultanan Indragiri, Kesultanan Jambi dan Kesultanan Palembang. Daripada enam Kesultanan Melayu tersebut, sebanyak empat daripadanya mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Melaka dan pewarisnya iaitu Kesultanan Johor yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu. 

Paling menarik minat penulis, adalah mengenai asal kewujudan Kesultanan Indragiri. Sejarah umum menyatakan bahawa Kerajaan ini berdiri pada tahun 1298 dan didirikan oleh Putera Mahkota Kerajaan Melaka yang bernama Raja Merlang I. Ketika tempoh awal penubuhannya, Raja-raja Indragiri dikatakan masih berkedudukan di Negeri Melaka. Perhatikan tarikh penubuhan Kerajaan ini yang dikatakan bermula pada tahun 1298, sedangkan persepsi umum menerima bahawa Kesultanan Melaka hanya mula didirikan sekitar tahun 1400-an Masihi. 

Semasa berbincang dengan waris Raja Indragiri, penulis mengusulkan bahawa ‘Melaka’ yang dinyatakan disini sebenarnya merujuk kepada Kerajaan Singapura Tua. Penulis memberi hujah, isu ini sama seperti kisah Raja Brunei iaitu Awang Alak Betatar @ Sultan Muhammad Syah yang telah memeluk Islam pada tahun 1363 hasil perkahwinannya dengan Puteri Pingai, puteri Sultan Iskandar Syah dari Negeri Johor, sedangkan Kesultanan Johor hanya bermula selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 Masihi. Maklumat dari Pusat Sejarah Brunei bersepakat menyatakan bahawa Puteri ‘Johor’ yang dinyatakan disini adalah Kerajaan Singapura Tua iaitu waris daripada Sang Nila Utama. Waris Raja Indragiri itu tidak menolak kemungkinan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau juga menegaskan tidak mustahil juga Raja Indragiri yang pertama ini merupakan zuriat langsung dari Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang. 





Lambang Kesultanan Siak dan Kesultanan Pelalawan berbentuk naga beralih (dua naga saling mengadap). Dikatakan lambang Kesultanan Indragiri juga berbentuk begini sebagaimana yang terdapat di istana asal Indragiri yang telah runtuh ke dalam sungai pada tahun 1960-an.


Kesultanan Siak Sri Indrapura dan Kesultanan Pelalawan pula merupakan dua buah Kerajaan Melayu bersaudara. Kesultanan Siak diasaskan oleh Raja Kecil, yang dibesarkan di Pagaruyung (Minangkabau) dan mendakwa dirinya sebagai pewaris yang sah bagi Sultan Mahmud Syah II, Sultan Johor lama yang telah mangkat tanpa meninggalkan sebarang waris. Raja Kecil kemudiannya berjaya menduduki tahkta Johor lama dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah I, tetapi tidak lama kemudian disingkirkan oleh bangsawan Bugis sebelum berundur ke Siak dan mendirikan Kerajaan baru. Kesultanan Pelalawan pula didirikan pada awal abad ke-19 oleh Syarif Abdul Rahman, saudara kepada Sultan Ali, Raja Siak. Baginda telah mengambil alih kedudukan Pelalawan dan menjadi penguasa di kawasan tersebut, dengan mendapat perkenan daripada Sultan Siak dan diakui oleh penjajah Belanda. 




Tokoh korporat negara, Tan Sri Syed Yusuf bin Tun Syed Nasir, yang berketurunan Sultan Siak, menerima Anugerah Adat Kesultanan Siak. 



Kesultanan Lingga pula wujud selepas perpecahan empayar Johor lama yang pada asalnya merangkumi Negeri Pahang moden, Johor moden, pulau Singapura, serta kepulauan Riau, tetapi telah berpecah kesan daripada perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824. Putera tertua kepada Sultan Mahmud Syah III dari empayar Johor lama, iaitu Tengku Hussein dilantik menjadi Raja Johor dengan berpusat di Singapura yang di bawah pengaruh Inggeris, sementara kekanda tirinya, Tengku Abdul Rahman pula yang sebelum itu mewarisi takhta Johor lama, menjadi Raja Lingga yang menguasai kepulauan Riau yang di bawah pengaruh Belanda. 

Perjanjian inilah yang telah memecahkan hubungan erat antara negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu dengan negeri-negeri Melayu di Sumatera dan membentuk sempadan politik Malaysia-Indonesia seperti yang wujud pada hari ini. Kesultanan Lingga telah dihapuskan oleh penjajah Belanda tanggal 3 Februari 1911, dan sebelum itu, penjajah Belanda juga telah menghapuskan Kesultanan Palembang pada tahun 1825 dan Kesultanan Jambi pada tahun 1906.

Menjelang fasa kemerdekaan Republik Indonesia, hanya tiga buah negeri sahaja yang masih diperintah oleh Raja-raja Melayu iaitu Siak, Pelalawan dan Indragiri. Walaubagaimanapun, berbeza dengan pendirian Raja-raja Melayu di Sumatera Timur yang masih berkeras mempertahankan kuasa dan negeri mereka, Raja-raja Siak, Pelalawan dan Indragiri pula bersedia untuk turun daripada takhta dan menyerahkan kekuasaan mereka kepada pihak Republik yang berpusat di Jakarta. Sejarah kemudian telah mencatatkan nasib dan tragedi yang menimpa Raja-raja Melayu serta kerabat mereka di Sumatera Timur. 

Pada hari ini, para pewaris dan kerabat Kesultanan Melayu di wilayah tengah dan selatan Sumatera juga tidak ketinggalan untuk membangunkan kembali institusi Raja Melayu untuk melestarikan warisan dan kebudayaan negeri mereka. Terdapat sebilangan dari mereka yang sangat aktif dengan menyertai Festival-festival Keraton yang diadakan di Indonesia.




Tengku Abdul Rahman, waris Kesultanan Lingga




Tengku Mukhtar Anum, Raja Siak




Tengku Kamaruddin Haroen, Raja Pelalawan




Tengku Arief ibni Sultan Mahmud Syah, Raja Indragiri







Friday, November 9, 2018

Bedakan budaya Arab dengan syariat Islam



Inilah Budaya Bangsa Arab Sebelum Datangnya Islam , Sungguh Aneh Jika Ada Yang Mengatakan Jangan Mendakwahkah Islam Yang Kearab-araban,..

BUDAYA ARAB JAHILIAH

  1. Al-qimar (judi), atau yang lazim dikenal dengan istilah “al-maysir. Merupakan kebiasaan penduduk kota-kota di kawasan jazirah, seperti Makkah, Thaif, Shan’a, Hajar, Yatsrib, Daumatul Jandal, dan sebagainya. Islam melarang kebiasaan semacam ini melalui turunnya surat Al-Maidah ayat 90,
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
    Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah adalah termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung.
    (Q.s. Al-Maidah: 90)
  2. Menenggak khamr dan berkumpul-kumpul untuk minum khamr bersama, bangga karenanya, serta memahalkan harganya. Ini merupakan kebiasaan orang-orang kota dari kalangan hartawan, pembesar, dan pujangga sastra. Ketika kebiasaan ini mengakar kuat di tengah mereka dan bertakhta di hati mereka, Allah mengharamkannya secara perlahan-lahan, setahap demi setahap. Ini merupakan salah satu bentuk kasih sayang Allah Ta’ala terhadap hamba-hamba-Nya. Karenanya, bagi-Nya segala puji dan segala kebaikan.
  3. Nikah istibdha’. Jika istri dari salah seorang lelaki di antara mereka selesai haid kemudian telah bersuci maka lelaki termulia serta paling bagus nasab dan tata kramanya di antara mereka boleh meminta wanita tersebut. Tujuannya, agar sang wanita bisa disetubuhi dalam kurun waktu yang memungkinkannya melahirkan anak yang mewarisi sifat-sifat kesempurnaan si lelaki yang menyetubuhinya tadi.
  4. Mengubur hidup-hidup anak perempuan. Seorang laki-laki mengubur anak perempuannya secara hidup-hidup ke dalam tanah, selepas kelahirannya, karena takut mendapat aib. Dalam Alquran Alkarim terdapat penentangan terhadap perilaku semacam ini serta penjelasan tentang betapa kejinya perilaku ini. Hal tersebut ditunjukkan dengan adanya celaan keras terhadap pelakunya pada hari kiamat. Allah Ta’ala berfirma dalam surat At-Takwir,
    وَإِذَا الْمَوْؤُودَةُ سُئِلَتْ. بِأَيِّ ذَنبٍ قُتِلَتْ
    Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, karena dosa apakah dia dibunuh.” (Q.s. At-Takwir: 8—9)
  5. Membunuh anak-anak, baik lelaki maupun perempuan. Kekejian ini mereka lakukan karena takut miskin dan takut lapar, atau mereka sudah putus harapan atas bencana kemiskinan parah yang melanda, bersamaan dengan lahirnya si anak di wilayah yang merasakan dampak kemiskinan tersebut. Kondisi ini terjadi karena tanah sedang begitu tandus dan hujan tak kunjung turun. Setelah Islam datang, Islam mengharamkan adat keji nan buruk seperti ini, melalui turunnya firman Allah Ta’ala,
    وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
    Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka.”
    (Q.s. Al-An’am: 151)
    وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم
    Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu.
    (Q.s. Al-Isra’:31)
    Yang dimaksud dengan “imlaq” adalah kemiskinan yang begitu parah serta begitu memprihatinkan.
  6. Wanita berdandan ketika keluar rumah, dengan tujuan menampakkan kecantikannya, pada saat dia lewat di depan lelaki ajnabi (lelaki yang bukan mahramnya). Jalannya genit, berlemah gemulai, seakan-akan dia memamerkan dirinya dan ingin memikat orang lain.
  7. Wanita merdeka menjadi teman dekat lelaki. Mereka menjalin hubungan gelap dan saling berbalas cinta secara sembunyi-bunyi. Padahal si lelaki bukanlah mahram si wanita. Kemudian Islam mengharamkan hubungan semacam ini, dengan diturunkannya firman Allah Ta’ala,
    وَلاَ مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ
    … Dan bukan (pula) wanita yang mengambil laki-laki lain sebagai piaraannya ….
    (Q.s. An-Nisa’: 25)
    Padahal si wanita bukanlah mahram si lelaki. Kemudian Islam mengharamkan hubungan semacam ini,
    وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ
    … Dan tidak (pula lelaki) yang memiliki gundik-gundik ….
    (Q.s. Al-Maidah: 5)
  8. Menjajakan para budak perempuan sebagai pelacur. Di depan pintu rumah si budak perempuan akan dipasang bendera merah, supaya orang-orang tahu bahwa dia adalah pelacur dan para lelaki akan mendatanginya. Dengan begitu, budak perempuan tersebut akan menerima upah berupa harta yang sebanding dengan pelacuran yang telah dilakukannya.
  9. Fanatisme golongan. Islam datang memerintahkan seseorang menolong saudaranya sesama muslim, dekat maupun jauh, karena “al-akh” (saudara) yang dimaksud dalam pembahasan ini adalah saudara seislam. Oleh sebab itu, pertolongan kepadanya –jika dia dizalimi– adalah dengan menghapuskan kezaliman yang menimpanya. Adapun pertolongan yang diberikan kepadanya kala dia berbuat zalim berupa tindakan melarang dan mencegahnya agar tak berbuat zalim. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (dalam riwayat Bukhari),
    انصر أخاك ظالما أو مظلوما. فقيل: يا رسول الله أنصنره إذا كان مظلوما فكيف أنصره إذا كان ظالما؟ قال: تحجزه عن الظلم.
    Tolonglah saudaramu, baik dia menzalimi ataupun dizalimi.” Kemudian ada yang mengatakan, “Wahai Rasulullah, kami akan menolongnya (saudara kami) jika dia dizalimi, maka bagiamana cara kami akan menolongnya jika dia menzalimi?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Engkau mencegahnya supaya tak berbuat zalim.”
  10. Saling menyerang dan memerangi satu sama lain, untuk merebut dan merampas harta. Suku yang kuat memerangi suku yang lemah untuk merampas hartanya. Yang demikian ini terjadi karena tidak ada hukum maupun peraturan yang menjadi acuan pada mayoritas waktu di sebagian besar negeri. Di antara perperangan mereka yang paling terkenal adalah:- Perang Dahis dan Perang Ghabara’ yang berlangsung antara Suku ‘Abs melawan Suku Dzibyan dan Fizarah;- Perang Basus, sampai-sampai dikatakan, “Perang yang paling membuat sial adalah Perang Basus yang berlangsung sepanjang tahun. Perang ini terjadi antara Suku Bakr dan Taghlub;”- Perang Bu’ats yang terjadi antara Suku Aus dan Khazraj di kota Al-Madinah An-Nabawiyyah;- Perang Fijar yang berlangsung antara Qays ‘Ilan melawan Kinanah dan Quraisy. Disebut “Perang Fijar” karena terjadi saat bulan-bulan haram. Fijar (فِجار ) adalah bentukan wazan فَعَّال dari kata fujur (فجور ); Mereka telah sangat mendurhakai Allah (sangat fujur) karena berani berperang pada bulan-bulan yang diharamkan untuk berperang.
  11. Enggan mengerjakan profesi tertentu, karena kesombongan dan keangkuhan. Mereka tidaklah bekerja sebagai pandai besi, penenun, tukang bekam, dan petani. Pekerjaan-pekerjaan semacam itu hanya diperuntukkan bagi budak perempuan dan budak laki-laki mereka. Adapun bagi orang-orang merdeka, profesi mereka terbatas sebagai pedagang, penunggang kuda, pasukan perang, dan pelantun syair. Selain itu, di tengah bangsa Arab jahiliah tumbuh kebiasaan berbangga-bangga dengan kemuliaan leluhur dan jalur keturunan.


Read more https://aslibumiayu.net/9300-inilah-budaya-bangsa-arab-sebelum-datangnya-islam-sungguh-aneh-jika-ada-yang-mengatakan-jangan-mendakwahkah-islam-yang-kearab-araban.html

Sunday, September 2, 2018

IBLIS ITU SANGAT ALIM

IBLIS ITU SANGAT ALIM


Jika engkau bertanya tentang Al-Qur'an kpd iblis, maka iblis akan bisa menerangkan dg sangat jelas, karena iblis tau persis kapan ayat itu turun dari langit...

Jika engkau bertanya tentang ilmu hadist kpd iblis, maka iblis akan sangat pandai menjelaskannya,
karena iblis tau asbabul wurud dari hadist tsb....

Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dg tepat menceritakannya karena iblis sudah ada sejak nabi adam masih berada dalam surga...

iblis ahli alqur'an...
iblis ahli hadist....
iblis ahli riwayat..
iblis alim/pandai dalam segala ilmu...

Tapi iblis tdk menjadi kekasih Allah, karena dalam diri iblis ada kalimat...

AKU LEBIH BAIK DARI KAMU

Semoga sedikit ilmu yg dititipkan Allah Subhana Wa Ta'alla dihati kita tdk menjadikan kita sombong dalam segala urusan...
Juga paham bahwa ilmu tak menjamin orang pasti ta'at dan sholeh.

Yang aku takut...hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasehat, namun
sangat pandai menasehati
Yang aku takut...aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.

Yang aku takut...egoku terlalu tinggi, hingga
merasa paling baik di antara yang lain.

Yang aku takut...aku lupa bercermin, namun
sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang aku takut...ilmuku akan membuatku
menjadi sombong,memandang yang lain berbeda denganku.

Yang aku takut...lidahku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aibku yang menggunung dan tak sanggup kubenahi.

Yang aku takut...aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam berbuat.

Yang aku takut...aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam mengkoreksi diri sendiri.

Yang aku takut...aku membenci dosa orang lain, namun saat aku sendiri buat dosa aku enggan membencinya.

Kiranya Allah Subhana Wa Ta'alla
senantiasa menyadarkanku sehingga lebih rajin instrospeksi diri daripada mengurusi orang lain yang belum tentu perilaku dan tutur katanya lebih baik dari diriku. Aamiin...

SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI

Friday, June 22, 2018

Jamaah Masjid Baitul Hikmah Gelar Halal Bihalal Usai Salat Isya

Jamaah Masjid Baitul Hikmah Teluk Paku Kelurahan Pasir Panjang Kecamatan Meral Barat 

Gelar Halal Bihalal Usai Sholat Isya, 

Jum'at 22/6/18

Acara yang cukup menyita antusias masyarakat tersebut digerakkan oleh persatuan pemuda teluk Paku,



Adapun tujuan halal bihalal ini disampaikan oleh ketua masjid Baitul Hikmah bapak Ramzul, beliau mengatakan hendak lah dengan diselenggarakannya halal bihalal ini kita saling pererat tali silaturahim, saling merangkul, saling melengkapi, dan saling memaafkan dengan berjabatan tangan.



Kegiatan halal bihalal ini juga di isi oleh Shalawatan yang sangat merdu dari persatuan ibu ibu Teluk Paku,


Setelah selesai acara halal bihalal acara dilanjutkan dengan musyawarah dengan 
Besar harapan semoga kedepannya Masjid Baitul Hikmah makin makmur dan desa Teluk Paku makin solid dan kompak dalam segala hal.







Friday, June 1, 2018

SEJARAH NABIYULLAH SYAM'UN AL-GHAZI As (SAMSON)

SEJARAH NABIYULLAH SYAM'UN AL-GHAZI As (SAMSON)

(Sejarah seorang pejuang Allah yang bernama Syam'un Al-Ghazi (samson) dan
hubungannya dengan Asal Mula Pahala Ibadah 1000 Bulan/Lailatul Qadar)

Mengapa lebih baik dari 1000 bulan? Atau,
mengapa 1000 bulan?
Atau adakah kisah tentang 1000 bulan?

Kisah tentang 1000 bulan, berawal dari seorang Nabiyullah yang bernama Nabi Syam’un al-Ghazi as. Nabi dari kalangan Bani Israil. Beliau adalah hakim ketiga terakhir pada zaman Israel kuno.

Nabi Syam’un al-Ghazi As, memiliki beberapa nama;
dalam bahasa Arab, beliau disebut dengan Syamsyawn atau Syam'un.
dalam bahasa Ibrani, disebut Šimšon,
dalam bahasa Tiberias, disebut Šhimšhôn;
dalam Alkitab Nasrani, disebut Samson.
Nama Syam’un sendiri artinya "yang berasal dari matahari”,
sedangkan al-Ghozi, artinya “yang berasal dari Ghazi” (Ghaza,Palestina sekarang).

Suatu ketika Nabi Muhammad saw, Berkumpul bersama para sahabat dibulan Suci Ramadhan.
Nabi Muhammad SAW, terlihat tersenyum sendiri, lalu ditanya oleh para sahabatnya
“Apa yang membuatmu tersenyum wahai Rasulullah”"
Beliau menjawab,
“Diperlihatkan kepadaku dihari akhir, ketika seluruh manusia dikumpulkan dipadang mah’syar,
ada seorang Nabi yang membawa pedang dan tidak mempunyai pengikut satupun,
masuk ke dalam surga, dia adalah Syam'un”.

Kemudian Rasulullah bercerita tentang seorang Nabi bernama Sam’un Al Ghozi AS,
beliau adalah Nabi yang berasal dari Bani Israil yang diutus di tanah Romawi.
Nabi Sam’un Ghozi AS berperang melawan bangsa yang menentang Ketuhanan Allah SWT.
Nabi Syam’un al-Ghozi as. adalah seorang pahlawan berambut panjang yang memiliki kemukjizatan dapat melunakkan besi, dan dapat merobohkan istana.
Syam’un memiliki senjata semacam pedang yang terbuat dari tulang rahang unta bernama Liha Jamal, dengan pedang itu dia dapat membunuh ribuan orang kafir.
Siapapun musuh yang berhadapan dengannya, pasti akan hancur dengan pedang ajaibnya.
Tidak hanya itu, bahkan ketika dia merasa haus dan lapar,
dengan perantara pedangnya pula Allah memberikan makanan dan minuman.

Syam'un seorang muslim dan seorang yang ahli ibadah yang sangat disegani oleh kaum kafir.
Sudah tak terhitung lagi orang kafir yang mati di tangannya.
Selain itu, Syam'un juga ahli ibadah dan tercatat ia sanggup beribadah selama 1000 bulan
dengan shalat malam dan siangnya berpuasa,
dimana selama 1000 bulan tak pernah lepas dari shalat malam dan siangnya selalu berpuasa.

Samson adalah seorang pembela agama tauhid (meng Esa kan 1 tuhan / ALLAH),
berperang melawan kaum kafir selama 1000 bulan, hanya berbekal tulang dagu unta sebagai senjata, tidak memiliki senjata lain.
Setiap kali menghantam kaum kafir dengan janggut untanya, terbunuhlah banyak kaum kafir dalam jumlah yang tidak terhitung.

فَإِذاَ عَطَسَ يَخْرُجُ مِنْ مَوْضِعِ الأَسْناَنِ ماَءُ عَذَبٍ فَيَشْرِبَهُ , وَإِذاَ جاَعَ يَنْبُتُ مَنْهُ لَحْمٌ فَيَأْكُلَهُ , فَكاَنَ عَلَى هَذاَ كُلَّ يَوْمٍ حَتَّى مَضَى مِنْ عُمْرِهِ أَلْفَ شَهْرٍ وَهِىَ ثَلاَثُ وَثَمَانُوْنَ سَنَةً وَأَرْبَعَةُ أَشْهُرٍ , فَعَجَزَ الكُفاَرُ عَنْ رَدِّهِ , فَقاَلُوْا ِلإِمْرَأَتِهِ وَهِىَ كاَفِرَةٌ إِنّاَ نُعْطِيْكِ أَمْواَلاً كَثِيْرَةً إِنْ قَتَلْتِ زَوْجَكِ , قاَلَتْ أَناَ لاَأَقْدِرُ عَلَى قَتْلِهِ

Dengan hanya bersenjatakan tulang rahang seekor unta yang di bentuk menyerupai sebuah pedang pendek yang tajam, Nabi berperang melawan bangsa yang menentang Allah SWT,
dengan penuh keberanian dan selalu dapat mengalahkan mereka.
Ketangguhan dan keperkasaan Nabi Sam’un dipergunakan untuk menentang penguasa
kaum kafirin saat itu, yakni raja Israil.
Menghadapi kesaktian Nabi Syam’un al-Ghozi as, membuat para kafirun kewalahan.
Mereka mencari jalan untuk bisa menundukkannya.
Dengan segala kehebatannya itu, ia dibenci oleh para musuh, terutama dari golongan orang kafir. Akhirnya, dibuatlah rencana untuk membunuh Syam’un.
Akhirnya sang raja Israil mencari jalan untuk menundukkan Nabi Sam’un.
Berbagai upaya pun dilakukan olehnya, sehingga akhirnya atas nasehat para penasehatnya diumumkanlah, barang siapa yang dapat menangkap Sam’un Ghozi,
akan mendapat hadiah emas dan permata yang berlimpah. Akhirnya ide licik-pun ditemukan.
Mereka menawarkan hadiah berupa uang dan perhiasan yang berlimpah kepada istri Nabi (Istri samson), dengan syarat ia bersedia melumpuhkan suaminya.
Istri Nabi yang ternyata seorang kafir, sangat tergiur oleh hadiah itu.
Mereka kemudian memanfaatkan Istri Syam’un, untuk ikut membantu membunuh Syam’un.
Sam’un Ghozi AS terpedaya oleh isterinya dan dikhianati istrinya sendiri dan pada akhirnya istrinya mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT.
Setelah dirayu dengan imbalan yang menggiurkan, sang istri mengiyakan ajakan kaum kafir untuk membunuh Syam’un suaminya sendiri karena ada iming-iming harta benda yang banyak,
si istri akhirnya mau melakukan kejahatan itu.

فَقاَلُوْا نُعْطِيْكِ حَبْلاً شَدِيْداً فَشَدِّى بِهِ يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ فىِ نَوْمِهِ وَنَحْنُ نَقْتُلُهُ , فَشَدَتْهُ المَرْأَةُ فىِ نَوْمِهِ فاَسْتَيْقَظَ فَقاَلَ مَنْ شَدَّنِى ؟ فَقاَلَتْ شَدَدْتُ ِلأَجْرِبَكَ فَجَدَبَ يَدُهُ فَقَطَعَ الحَبَلُ , ثُمَّ جاَءَ الكُفاَرُ بِسِلْسِلَةٍ فَشَدَتْهُ المَرْأَةُ بِهاَ فاَسْتَيْقَظَ , فَقاَلَ مَنْ شَدَّنِى ؟ قاَلَتْ أَناَ شَدَدْتُ ِلأَجْرِبَكَ فَجَدَبَ يَدُهُ فَقَطَعَ السِّلْسِلَةُ

Maka orang kafir memberikan ide agar dia mengikat tangan dan kaki Syam’un sewaktu tidur,
untuk kemudian akan dibunuh dengan beramai-ramai.

Para pembesar2 Kafir berkata,
"Kami akan memberimu seutas tali kuat, ikatlah tangan dan kakinya ketika dia tidur,
nanti setelah itu kamilah yang bertindak untuk membunuhnya."

Pada hari pertama
Istri Syam'un gagal karena ketiduran yang disebabkan karena suaminya terlalu lama
mengerjakan shalat malam.
Lama waktunya itu sehingga membuat istri Syam'un tak kuasa menahan kantuk yang amat sangat. Memang Syam'un tidurnya hanya sedikit saja dalam semalam.
Dimana malam-malamnya hanya dipergunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Keesokan harinya, istri Syam'un lapor kepada kaum kafir quraisy bahwa dia belum berhasil mengikat tangan dan kaki suaminya. Mereka tidak mempermasalahkan hal ini.

Pada hari kedua
Istri Syam'un berhasil mengikat suaminya ketika tidur dengan seutas tali yang kuat.
Tatkala Syam'un bangun dan ingin beribadah kepada Allah SWT, ia terkejut karena kedua kakinya terikat.
"Wahai istriku, siapakah yang mengikatku dengan tali ini?" tanya Syam'un kepada istrinya.
"Aku yang mengikat, hanya sekedar mengujimu sampai sejauh mana kekuatanmu," ujar istrinya.

Syam’un dengan mudah dapat melepaskan tali yang mengikatnya dengan satu ucapan doa.
Kemudian Syam'un lalu bergegas menuju tempat peribadatannya.
Maka gagallah rencana pembunuhan pada hari kedua itu.
Namun, setelah itu, musuh-musuh kafir datang lagi dengan membawa rantai dan istri Syam'um siap mengikat suaminya lagi pada keesokan malamnya.

Pada hari ketiga
Istri Syam'un di hari ketiga itu berhasil lagi mengikat suaminya dengan rantai
yang diberikan oleh orang-orang kafir.
"Wahai istriku, siapakah yang mengikatku kali ini?"
tanya Syam'un dengan nada agak marah ketika bangun dari tidur.
"Aku yang mengikatnya, sekedar untuk mengujimu," jawab istrinya.
Namun, dengan sekali hentakan Syam’un dapat menghancurkan rantai tersebut.

Rahasia Kekuatan Syam'un
Lalu Syam'un segera menarik tangannya dan memotong rantai itu.
Kemudian istrinya pun segera membujuk suaminya agar mau menceritakan rahasia
kekuatan tubuh yang dimiliki suaminya.
Akhirnya Syam'un bercerita juga,
jika sebenarnya ia adalah seorang wali dari sekian banyak WALIYULLAH yang hidup di dunia ini.

Sam’un berkata
“Wahai istriku aku wali diantara wali kekasih Allah, segala perkara dunia ini tidak ada yang sanggup mengalahkan diriku, aku punya rambut panjang ini, ketahuilah bahwa tidak ada seorang pun yang mampu mengalahkanku dalam perkara dunia kecuali rambutku ini," jelas Syam'un.

Syam'un memang memiliki rambut yang panjang dan panjangnya digambarkan
bahwa ujung rambutnya akan menyentuh tanah saat Syam'un berdiri.

Karena sudah mengetahui kelemahan suaminya, akhirnya pada saat syamun tidur mulailah istrinya mengikat tangan Syam'un dengan 4 helai rambutnya dan mengikat pula kakinya dengan 4 helai rambut milik Syam'un, sementara ia tetap dalam tidurnya.
Setelah bangun, Syam'un bertanya,
"Wahai istriku, siapakah yang mengikatku ini?"
"Aku, untuk mengujimu," jawab istrinya yang mulai ketakutan.

Setelah itu Syam'un berusaha dengan sekuat tenaga untuk melepaskan ikatan itu,
namun dia tidak berdaya untuk memotongnya.
Si istri langsung saja memberitahukan kepada kaum kafir tentang hal ini.
Nabi Syam’un al-Ghozi as lalu dibawa ke istana kehadapan raja para kafirun.
lalu diikat pada tiang utama istana dan dipertontonkan kepada khalayak istana.
Mulailah mereka memotong kedua telinga, bibir, kedua tangan dan kakinya.
Tidak hanya itu, Nabi juga disiksa dengan dibutakan kedua matanya,
Mereka menyiksa Nabi dengan tujuan agar beliau mati secara perlahan-lahan.
Istrinya yang jahat, ikut pula menyaksikan penyiksaan tersebut tanpa rasa belas kasihan.
Astaghfirullah sungguh biadab orang kafir.

Pertolongan Allah SWT Datang
Begitu hebatnya siksaan tersebut, membuat Allah SWT lewat perantaraan malaikat jibril
berbicara dengan suaranya yang hanya bisa didengar oleh Nabi Syam’un al-Ghozi as,
“Hai Syam’un apa yang engkau inginkan, Aku akan menindak mereka.”

Nabi menjawab,
“Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku hingga aku mampu menggerakkan tiang istana ini,
dan akan kuhancurkan mereka dengan kekuatan dari Allah !.
Bismillah. La haula wa la quwwata illa billah!

Do’a Nabi Syam’un al-Ghazi as diKabulkan Allah SWT. Allah SWT memberi kekuatan kepada Syam'un yang kekuatannya tidak bisa dibayangkan dan melebihi kekuatan dari rambutnya sendiri.
Maka dengan seizin Allah, Nabi Syam’un al-Ghazi as. menggoyangkan tiang istana tersebut,
Syam'un hanya beringsut sedikit saja, putuslah tali rambut itu bahkan dan tiang itupun rubuh
menimpa raja bersama seluruh khalayak istana termasuk istrinya yang durhaka dan
orang-orang yang telah menyiksanya.
Tiangnya juga ikut roboh dan hancur lebur. istana yang dijadikan tempat pembantaian itu juga turut hancur dan atapnya menimpa orang-orang kafir dan semuanya mati.
Begitu juga dengan istrinya, juga ikut tertimpa reruntuhan gedung istana raja kafir.
Mereka semua mati tertimpa reruntuhan bangunan istana dan terkubur didalamnya.
Hanya Syam’un sendiri yang selamat, lalu Allah mengembalikan seluruh anggota badan yang telah terpotong dan menyembuhkan segala sakitnya.

فَبَعْدَ ذَلِكَ عَبَدَ اللهَ أَلْفَ شَهْرٍ مَعَ قِياَمِ لَيْلِهاَ وَصِياَمِ نَهاَرِهاَ , فَضَرَبَ بِالسَّيْفِ فىِ سَبِيْلِ اللهِ

Setelah peristiwa itu, Nabi Syam’un al-Ghozi as. bersumpah kepada Allah SWT akan menebus
semua dosanya dengan berjuang menumpas semua kebatilan dan
kekufuran selama 1000 bulan tanpa henti.
Nabi menyibukkan diri dalam beribadah kepada Allah.
Malam hari dilalui dengan memperbanyak shalat malam, sedangkan siangnya beliau berpuasa.
Nabi menjalankan ibadahnya selama seribu bulan hingga ajalnya tiba.

Setelah mendengar kisah Nabi Syam’un al-Ghozi as,
para sahabat Nabi Muhammad saw menangis terharu,
bertanya sahabat kepada Nabi Muhammad SAW.
“Ya Rasullulah, tahukah baginda akan pahalanya?”
Jawab Rasulullah,
“Aku tidak mengetahuinya.”

فَأَنْزَلَ اللهُ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِهَذِهِ السُّوْرَةِ (القَدْرِ)
وَقاَلَ ياَمُحَمَّدْ أَعْتَيْطُكَ وَأُمَّتَكَ لَيْلَةَ القَدْرِ العِباَدَةُ فِيْهاَ أَفْضَلُ مِنْ عِباَدَةِ سَبْعِيْنَ أَلْفِ شَهْرٍ

Setelah Rasulullah selesai berkisah,
Allah SWT menyuruh Malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad dan menurunkan Surat Al Qadr.
"Hai Muhammad, Allah memberi Lailatul Qadar kepadamu dan umatmu,
ibadah pada malam itu lebih utama daripada ibadah 1000 bulan," ujar Malaikat Jibril.

Allah SWT berfirman: Surat Al-Qadar ayat 1-5:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ١
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ٢
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ٣
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ ٤
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ٥

Artinya:
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.
2. dan tahukah kamu Apakah malam kemuliaan itu?
3. malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. pada malam itu turun malaikat-malaikat dan
Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. malam itu (penuh) Kesejahteraan sampai terbit fajar.

Mendengar berita itu, Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabatnya untuk berburu
malam Lailatul Qadar agar mendapatkan pahala seperti yang Allah AWT
berikan kepada Waliyullah Syam'un Al-Ghazi.

Apabila fajar telah terbit di malam qadar, maka malaikat Jibril berkata:
Wahai para malaikat, kumpul kemari dan kumpul kemari..,
Para malaikat Ya Jibril apa yang Allah perbuat untuk kaum muslimin di malam ini
dari ummat Nabi Muhammad SAW ?
Jibril Sesungguhnya Allah memandang kepada mereka dengan penuh kasih sayang,
Allah memaafkan serta ngampuni dosa-dosa mereka, kecuali empat kelompok.
Para malaikat Siapa empat kelompok itu ?
Jibril Pertama, orang yang membiasakan diri minum arak, mabuk-mabukan.
Kedua, Orang yang durhaka kepada orang tua.
Ketiga, orang yang memutus silaturrahmi.
Keempat, orang yang bertengkar,
yaitu pertengkaran dengan sesama yang belum damai dalam jangka waktu tiga hari.

Subhanallah..., Maha suci ALLAH.

sumber:
-DurrAtun Nasihin" pada Bab Lailatul Qadr.
Kitab Muqasyafatul Qulub.
Kitab Qishashul Anbiyaa (Al-Imam Ghazali)
M-A-G
 .